Dilasi masa graviti

Dilasi masa graviti (Jawi: ديلسي ماس ڬراۏيتي) ialah perbezaan sebenar peredaran masa antara dua peristiwa seperti yang disukat oleh pemerhati-pemerhati yang terletak di tempat yang berbeza-beza daripada jisim graviti, di kawasan-kawasan yang berlainan potensi graviti. Makin rendah potensi graviti (makin dekat jam itu dengan punca graviti), makin perlahan masa berlalu. Kesan ini mula-mula diramal oleh Albert Einstein dalam teori kerelatifan beliau[1] dan semenjak itu telah disahkan oleh ujian kerelatifan am.

Ini telah ditunjuk cara dengan mengambil kira bahawa jam-jam atom yang terletak berlainan altitud (dan oleh itu berlainan potensi graviti) akan membuahkan waktu yang berbeza-beza. Kesan-kesan yang dikesan pada uji kaji-uji kaji sebegini teramat halus hinggakan bezanya diukur dalam nanosaat.

Dilasi masa graviti mula-mula diperikan oleh Albert Einstein pada tahun 1907[2] sebagai kesan daripada kerelatifan khas dalam rangka rujukan terpecut. Dalam kerelatifan am, ia dianggap sebagai beza dalam peredaran masa wajar di kedudukan yang berbeza-beza seperti yang diperikan oleh tensor metrik ruang masa. Kewujudan dilasi masa graviti disahkan secara langsung buat julung kalinya oleh uji kaji Pound–Rebka.

  1. ^ * A. Einstein, "Relativity : the Special and General Theory by Albert Einstein." Project Gutenberg. <http://www.gutenberg.org/etext/5001.>
  2. ^ A. Einstein, "Über das Relativitätsprinzip und die aus demselben gezogenen Folgerungen", Jahrbuch der Radioaktivität und Elektronik 4, 411–462 (1907); English translation, in "On the relativity principle and the conclusions drawn from it", in "The Collected Papers", v.2, 433–484 (1989); also in H M Schwartz, "Einstein's comprehensive 1907 essay on relativity, part I", American Journal of Physics vol.45,no.6 (1977) pp.512–517; Part II in American Journal of Physics vol.45 no.9 (1977), pp.811–817; Part III in American Journal of Physics vol.45 no.10 (1977), pp.899–902, see parts I, II and III.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne