Negara | Amerika Syarikat |
---|---|
Kawasan siaran | Amerika Syarikat |
Slogan | The world is ours |
Ibu pejabat | Silver Spring, Maryland |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Inggeris Sepanyol (melalui trek audio kedua) |
Format gambar | 1080i HDTV (diturunkan kepada 480i untuk suapan SDTV) |
Pemilikan | |
Pemilik | Warner Bros. Discovery |
Saluran kembar | |
Sejarah | |
Dilancarkan | 17 Jun 1985[1] |
Nama dahulu | The Discovery Channel (1985–1995) |
Pautan | |
Laman web | www |
Ketersediaan | |
Terestrial | |
Selective TV Inc. (Alexandria, Minnesota) | Channel 47 |
Kabel | |
Verizon FiOS | Channel 120 (SD) Channel 620 (HD) |
Satelit | |
DirecTV | Channel 278 (HD) Channel 1278 (VOD) |
Dish Network | Channel 182 (HD) |
C-Band | AMC 10-Channel 21 |
Media penstriman | |
fuboTV | Live Stream |
Sling TV | IPTV |
YouTube TV | IPTV |
Philo | IPTV |
Discovery Channel (dikenali sebagai The Discovery Channel dari 1985 hingga 1995, kerap dirujuk sebagai Discovery sahaja) ialah rangkaian TV berbayar Amerika dan saluran perdana dimiliki oleh Warner Bros. Discovery, syarikat yang disenaraikan awam diterajui oleh CEO David Zaslav. Setakat Jun 2012[kemas kini], Discovery Channel ialah saluran langganan ketiga terbesar di Amerika Syarikat, di belakang TBS dan The Weather Channel;[2] ia boleh didapati di 409 juta isi rumah di seluruh dunia, melalui saluran perdana A.S. dan pelbagai saluran televisyen yang dimiliki atau berlesen di peringkat antarabangsa.[3]
Ia pada mulanya menyiarkan rancangan televisyen dokumentari yang berfokuskan terutamanya kepada sains populae, teknologi, dan sejarah, namun menjelang 2010an telah berkembang kepada rancangan televisyen realiti dan hiburan pseudo-sains.[4][5][6]
Setakat September 2018[kemas kini], Discovery Channel terdapat sekurang-kurangnya 88,589,000 isi rumah di Amerika Syarikat.[7]