Komanwel Dominika کومنويل دومينيکا Commonwealth de la Dominique | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Après Bondie, C'est La Ter" (Antillean Creole) "Selepas Tuhan adalah Bumi" "Après le Bon Dieu, c'est la Terre" | |||||
Lagu kebangsaan: Isle of Beauty, Isle of Splendour | |||||
![]() | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Roseau | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris | ||||
vernakular | Bahasa Perancis Kreol Dominika | ||||
Kumpulan etnik | 86.8% kulit hitam, 8.9% kacukan, 2.9% Carib, 0.8% kulit putih, 0.7% lain-lain (2001)[1] | ||||
Demonim | Dominika | ||||
Kerajaan | Republik berparlimen | ||||
• Presiden | Sylvanie Burton | ||||
Roosevelt Skerrit | |||||
Kemerdekaan | |||||
• daripada United Kingdom | 3 November 1978 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 750 km2 (290 bt2) (Ke-184) | ||||
1.6 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan Julai 2009 | 72,660 (Ke-195) | ||||
• Bancian Penduduk 2003 | 71,727 | ||||
105/km2 (271.9/sq mi) (Ke-95) | |||||
KDNK (PPP) | 2010 | ||||
• Jumlah | $758 juta[2] | ||||
$10,415[2] | |||||
KDNK (nominal) | 2010 | ||||
• Jumlah | $376 juta[2] | ||||
$5,167[2] | |||||
HDI (2007) | ▲0.814 Ralat: Nilai IPM tidak sah · 73rd | ||||
Mata wang | Dolar Caribbean Timur ( XCD ) | ||||
Zon waktu | UTC–4 (Timur Caribbean) | ||||
Arah memandu | left | ||||
Kod panggilan | +1-767 | ||||
DPT internet | .dm | ||||
|
Komanwel Dominika, atau Dominika (Perancis: Dominique), adalah sebuah negara pulau yang terletak di Laut Caribbean. Dalam bahasa Latin, "Dominica" bermaksud "hari Ahad" iaitu hari di mana Columbus menjumpai pulau tersebut.
Nama pulau Dominika sebelum kedatangan Columbus adalah Wai'tu kubuli, yang bermaksud "Tinggi badannya". Penduduk asal pulau ini, iaitu orang Carib, memiliki wilayah yang sama seperti tanah rizab kaum Pribumi Indian di Amerika Utara. Disebabkan kedudukannya di antara pulau-pulau jajahan Perancis, Guadeloupe dan Martinique, dan juga kerana ia pernah ditakluki Perancis pada suatu ketika, Dominika juga digelar "Dominika Perancis". Namun bahasa rasminya adalah Inggeris walaupun bahasa creole, creole Perancis ditutur secara umum.
Dominika telah diberi nama samaran "Nature Isle of the Caribbean" (Pulau Alam Semula Jadi Caribbean) kerana keindahan semula jadinya yang kelihatan tidak terjejas. Ia merupakan kepulauan yang paling muda dalam Antilles Kecil, dan kini masih dibentuk oleh aktiviti gunung berapi geoterma, sebagaimana dibuktikan oleh tasik didihnya yang kedua terbesar di dunia. Pulau ini menonjolkan hutan hujan bergunung-ganang yang subur, dan merupakan tempat asal kepada banyak spesies tumbuhan, haiwan dan burung yang jarang ditemui. Terdapat kawasan-kawasan xerik di sesetengah kawasan pantai barat Dominika, tetapi hujan lebat boleh didapati di kawasan pedalaman. Burung nuri Sisserou, burung negara Dominika, ditampilkan dalam bendera negara. Ekonomi Dominika sangat bergantung kepada sektor pelancongan dan pertanian.