Jenis/bentuk sah | Swasta |
---|---|
Industri | Hotel |
Ditubuhkan | Januari 1969Scottsdale, Arizona, Amerika Syarikat | di
Pengasas | Samuel F. Kitchell[1][2] |
Ibu pejabat | McLean, Virginia, Amerika Syarikat |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Pemilik | Hilton Worldwide ![]() |
Syarikat induk | Hilton Worldwide |
Tapak web | www![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
DoubleTree by Hilton ialah sebuah rangkaian hotel Amerika dan merupakan sebahagian dari Hilton Worldwide. Sebagian besar hotel DoubleTree dimiliki oleh entiti lain, yang dioperasikan dengan kaedah francais, namun terdapat juga yang dioperasikan sendiri oleh Hilton Worldwide.[4] DoubleTree merupakan jenama Hilton yang jumlah hotelnya paling pantas berkembang sejak tahun 2007, dan juga menjadi jenama Hilton yang jumlah biliknya paling pantas berkembang antara 2007–2015.[5][6][7][8][9][10] Sehingga 31 Disember 2018, DoubleTree memiliki 559 hartanah dengan 130.714 bilik, yang mana 117 hartanah dikelola dengan 33.779 bilik, sementara 442 hotel difrancaiskan dengan 96.935 bilik.[3]
DoubleTree bersaing dalam kategori perkhidmatan penuh, bersama rantaian kembar Hilton Hotels & Resorts. Salah satu ciri khas DoubleTree ialah biskut coklat yang mulai disajikan pada awal dekad 1980-an untuk penginap, namun kini disajikan pada semua penginap. Biskut ini dibuat oleh Christie Cookie Company sejak 30 tahun lalu.[11]