![]() | |
Keterangan | |
---|---|
Peranan | Menempatkan manusia dan barang muatan ke dalam orbit rendah bumi (kegunaan komersil)[1] Bekalan ISS ekoran pembersaraan Shuttle (kegunaan kerajaan) |
Anak kapal | Tiada (versi kargo) 7 (versi DragonRider) |
Kenderaan pelancar | Falcon 9 |
Dimensi | |
Tinggi | 6.1 meter (20 kaki)[2] |
Diameter | 3.7 meter (12.1 kaki)[2] |
Sudut dinding sisi | 15 darjah |
Isipadu | 10 m3 / 245 kaki3 bertekanan[3] 14 m3 / 490 kaki3 tanpa tekanan[3] 34 m3 / 1,200 kaki3 tanpa tekanan dengan peti diperluas[3] |
Jisim kering | 4,200 kg (9,260 lb)[2] |
Muatan | 6,000 kg / 13,228 lb (pelancaran)[3] 3,000 kg / 6,614 lb (kembali)[3] |
Prestasi | |
Ketahanan | 1 minggu hingga 2 tahun[3] |
Masuk semula pada | 3.5 G[4][5] |
Dragon ialah sejenis kapal angkasa guna semula yang dibangunkan oleh SpaceX, sebuah syarikat pengangkutan angkasa swasta yang bertapak di Hawthorne, California. Ketika penerbangan pertamanya tanpa anak kapal pada Disember 2010, Dragon menjadi kapal angkasa buatan dan kendalian swasta pertama yang selamat dikembalkan dari orbit.[6] Pada 25 Mei 2012, sebuah lagi versi Dragon tanpa kru menjadi kapal angkasa komersil pertama yang berjaya bertemu dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).[7][8][9]
Dragon dikontrakkan untuk menghantar barang-barang muatan ke ISS di bawah program Perkhidmatan Pembekalan Semula Komersil NASA, dan dijadualkan memulakan penerbangan kargo secara tetap pada Ogos 2012.[10] Selain itu, NASA memberi SpaceX kontrak Pembangunan Kru Komersil (CCDev) pada April 2011. Dragon dirancang untuk mengangkut seramai tujuh orang angkasawan, ataupun campuran kakitangan dan kargo, berulang-alik ke orbit rendah bumi. Lebih-lebih lagi, Perisai haba direka untuk menahan halaju kemasukan semula ke Bumi dari penerbangan ke Bumi dan Marikh.[11]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama FirstDock
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama augLaunch