Duat (Bahasa Mesir: dwꜣt , Sebutan Mesirologi "du-wat", Bahasa Qibti: ⲧⲏ , juga Tuat, Tuaut atau Akert, Amenthes, Amenti, atau Neter-khertet) ialah alam ghaib atau alam barzakh dalam mitologi Mesir purba. Ia dilambangkan dalam hieroglif sebagai bintang dalam bulatan: 𓇽. Dewa Osiris dipercayai ialah raja alam ini. Dialah mumia pertama, seperti yang diceritakan dalam mitos Osiris dan dia mempersonifikasikan kelahiran semula dan hidup selepas mati. Dunia bawah tanah juga merupakan kediaman pelbagai dewa lain selain Osiris.
Geografi Duat agak serupa dengan dunia yang diketahui orang Mesir: Terdapat ciri-ciri realistik seperti sungai, pulau, padang, tasik, gumuk dan gua, tetapi terdapat juga tasik api yang besar, dinding besi dan pokok batu pirus. Dalam Kitab Dua Jalan (Teks Keranda) malah ada imej duat seperti peta.[1]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :0