Duck and Cover ialah filem panduan sosial pertahanan awam[1] yang sering disalahertikan[2][3] sebagai propaganda.[4] Dengan tema yang sama dengan filem-filem latihan pertahanan awam yang lebih berorientasikan dewasa, filem ini diedarkan secara meluas ke sekolah-sekolah Amerika Syarikat pada tahun 1950-an. Ia mengajar pelajar tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku letupan nuklear.