Duta besar

Duta besar (perkataan duta دوتا‎ serapan Sanskrit: दूत dūta "utusan";[1] bahasa Inggeris: ambassador) merupakan perwakilan diplomatik tertinggi sesebuah negara dengan negara lain dalam hubungan antarabangsa. Seseorang duta besar diterima oleh ketua negara dengan menyerahkan surat watikah lantikan dalam satu upacara rasmi negara tersebut. Perwakilan tersebut menjadi pihak penghubung antara negara mereka dengan negara tuan rumah dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, dan sosial. Perwakilan mempunyai hak kekebalan di negara tuan rumah.

Dalam kalangan negara-negara Komanwel, wakil-wakil entiti ini lebih menggunakan istilah "Pesuruhjaya Tinggi".

  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 489. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 64.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne