Dyana Sofya Mohd Daud

Dyana Sofya Mohd Daud
ديان سوفيا محمد داود
Maklumat peribadi
Lahir (1987-12-29) 29 Disember 1987 (umur 37)
Ipoh, Perak, Malaysia[1]
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)[2]
PasanganZairil Khir Johari (k. 2018)
Tempat belajarUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanSetiausaha Politik Lim Kit Siang
Bidang pengkhususanPeguam

Dyana Sofya binti Mohd Daud (Jawi: ديان سوفيا محمد داود; lahir 29 Disember 1987) merupakan seorang peguam dan ahli politik Malaysia dan setiausaha politik kepada Ahli Parlimen dan bekas pemimpin DAP, Lim Kit Siang. Dyana juga merupakan seorang kolumnis untuk The Malay Mail Online.[3] Beliau juga pernah menulis buku bertajuk Di Sini Bermula yang mengandungi kompilasi artikelnya yang ditulis untuk The Malay Mail Online.[4]

Selepas pulang dari United Kingdom pada 2016, Dyana menjadi rakan kongsi di Ayub & Co, firma guaman yang berpangkalan di Shah Alam, Selangor. Beliau berkahwin dengan ahli politik dan Exco Pulau Pinang Zairil Khir Johari.[5]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama MalaysiaFact1
  2. ^ Ng, Eileen (17 May 2014). "DAP's Dyana Sofya to take on Gerakan president". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-31. Dicapai pada 11 December 2014.
  3. ^ "Opinion - Dyana Sofya". The Malay Mail Online. The Malay Mail Online.
  4. ^ "Mah will be minister, front door or back". Malaysiakini. Malaysiakini. 29 Mei 2014.
  5. ^ https://www.nst.com.my/news/nation/2018/12/438892/zairil-dyana-tie-knot

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne