Earl dari Mercia

Wilayah Mercia pada tahun 912 AD

Earl Mercia adalah satu gelaran yang digunakan pada zaman akhir Anglo-Saxon, Anglo-Danish, dan awal Anglo-Norman di England. Semasa zaman ini, wilayah earldom meliputi tanah di Kerajaan beraja Mercia Tua di Midlands England. Ia pertama kali ditadbir oleh ealdormen di bawah raja-raja Wessex pada kurun ke-10, sebelum menjadi sebuah earldom pada zaman Anglo-Danish.[1] Semasa zaman Raja Edward, earldom ini telah dipegang oleh Leofric dan keluarga beliau, yang mana menjadi seteru politik kepada kerabat Godwine. Berikutan dengan penaklukan pada tahun 1066, Edwin telah disahkan sebagai seorang earl oleh Raja William.[2] Bagaimanapun, beliau terkesan dengan pemberontakan pada tahun 1071 dan dilucutkan kuasa.[3] Selepas kematian Edwin, earldom berpecah, kuasa dan pemilikan earl diberikan kepada earldom yang baharu ditubuhkan iaitu Chester dan kemudian Shrewsbury.

  1. ^ Anglo-Saxon Chronicle, 1017: "This year King Knute took to the whole government of England, and divided it into four parts: Wessex for himself, East-Anglia for Thurkyll, Mercia for Edric, Northumbria for Eric."
  2. ^ Crouch p100
  3. ^ Mason p192

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne