Eberhard von Mackensen | |
---|---|
![]() Mackensen pada Januari 1944 | |
Kelahiran | Bromberg, Kerajaan Prusia, Empayar Jerman | 24 September 1889
Meninggal dunia | 19 Mei 1969 Neumünster, Jerman Barat[1] | (umur 79)
Kesetiaan | ![]() ![]() ![]() |
Perkhidmatan | Tentera Darat |
Tahun perkhidmatan | 1908–44 |
Pangkat | ![]() |
Unit | Kavalri |
Arahan | Kor III Kor III Panzer Tentera Darat Pertama Panzer Tentera Darat Ke-14 |
Pertempuran | Perang Dunia I
Perang Dunia II |
Anugerah | Knight Cross with Oak Leaves |
Hubungan | August von Mackensen (bapa) |
Friedrich August Eberhard von Mackensen (24 September 1889 – 19 Mei 1969) adalah seorang panglima perang Jerman dalam Wehrmacht Jerman Nazi semasa Perang Dunia II, yang memerintah Tentera Darat Pertama Panzer dan Tentera Darat Ke-14. Beliau adalah penerima pingat Knight Cross with Oak Leaves.
Selepas perang, Mackensen menghadapi perbicaraan untuk jenayah perang dihadapan tribunal tentera British di Itali. Beliau telah disabitkan dan dijatuhi hukuman mati, tetapi hukuman kemudian diringankan. Mackensen telah dibebaskan pada tahun 1952 dan meninggal dunia pada tahun 1969.