Ebrahim Raisi ابراهیم رئیسی | |
---|---|
![]() | |
Presiden Iran | |
Dalam jawatan 3 Ogos 2021 – 19 Mei 2024 | |
Pemimpin Agung | Ali Khamenei |
Naib Presiden | Eshaq Jahangiri |
Didahului oleh | Hassan Rouhani |
Digantikan oleh | Mohammad Mokhber (pemangku) |
Ketua Hakim Iran | |
Dalam jawatan 7 Mac 2019 – 1 Julai 2021 | |
Dilantik oleh | Ali Khamenei |
Naib Pertama | Gholam-Hossein Mohseni-Eje'i |
Didahului oleh | Sadeq Larijani |
Ketua Pendakwa Raya Negara Iran | |
Dalam jawatan 23 Ogos 2014 – 1 April 2016 | |
Dilantik oleh | Sadeq Larijani |
Didahului oleh | Gholam-Hossein Mohseni-Eje'i |
Digantikan oleh | Mohammad Jafar Montazeri |
Ahli Perhimpunan Pakar | |
Dalam jawatan 24 Mei 2016 – 19 Mei 2024 | |
Kawasan pilihan raya | Provinsi Khorasan Selatan |
Majoriti | 325,139 (80.0%) |
Dalam jawatan 20 Februari 2007 – 21 Mei 2016 | |
Kawasan pilihan raya | Provinsi Khorasan Selatan |
Majoriti | 200,906 (68.6%) |
Naib Ketua Hakim Negara Iran | |
Dalam jawatan 27 Julai 2004 – 23 Ogos 2014 | |
Ketua Hakim Negara Iran | Mahmoud Hashemi ShahroudiSadeq Larijani |
Didahului oleh | Mohammad-Hadi Marvi |
Digantikan oleh | Gholam-Hossein Mohseni-Eje'i |
Pengerusi Pejabat Siasatan Awam Iran | |
Dalam jawatan 22 Ogos 1994 – 9 Ogos 2004 | |
Dilantik oleh | Mohammad Yazdi |
Didahului oleh | Mostafa Mohaghegh Damad |
Digantikan oleh | Mohammad Niazi |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Seyyed Ebrahim Raisol-Sadati 14 Disember 1960 Mashhad, Iran |
Meninggal dunia | 19 Mei 2024 Iran | (umur 63)
Cause of death | Helikopter terhempas |
Tempat semadi | Kubah Emas Imam Reza, Iran |
Parti politik | Jemaah Ulama Mujahid |
Gabungan politik lain | Parti Republik Islam (1987-2024) |
Pasangan | Jamileh Alamolhoda |
Saudara | Ahmad Alamolhoda (mentua) |
Tempat belajar | Shahid Motahari University |
Laman web | Tapak web rasmi |
Ayatollah Sayyid Ebrahim Raiso-Sadati (Parsi: سید ابراهیم رئیس الساداتی ; 14 Disember 1960 – 19 Mei 2024) atau ringkasnya dikenali sebagai Ebrahim Raisi (Parsi: ابراهیم رئیسی ) juga dikenali sebagai Penyembelih Tehran, ialah seorang ahli politik konservatif dan pakar fekah dari Iran yang dilantik sebagai Presiden negara tersebut h berikutan kemenangan dalam pilihan raya presiden Iran 2021.[1]
Raisi pernah berkhidmat untuk beberapa jawatan dalam sistem kehakiman Iran, seperti Timbalan Ketua Hakim (2004–2014), Peguam Negara (2014–2016), dan Ketua Hakim Negara (2019–2024). Beliau juga merupakan Qadi dan Timbalan Qadi Tehran pada tahun 1980-an dan 1990-an, yang mana beliau menyelia pembunuhan ribuan tahanan dan penentang politik. Beliau merupakan Penjaga dan Pengerusi Astan Quds Razavi, sebuah bonyad (yayasan kebajikan), dari tahun 2016 hingga 2019.[2] Beliau ialah anggota Majlis Himpunan Pakar bagi Provinsi Khorasan Selatan, yang dipilih kali pertama pada pilihan raya 2006.
Raisi bertanding dalam pilihan raya presiden pada 2017[3] sebagai calon Barisan Rakyat Tentera Revolusi Islam yang konservatif[4]. Beliau tewas kepada penyandang Presiden Hassan Rouhani yang beraliran sederhana, dengan peratusan undi 57% dan 38.3%. Raisi berjaya dalam pemilihan presiden untuk cubaan keduanya pada 2021 dengan perolehan undi 61.9%, menggantikan Hassan Rouhani, yang telah tamat had perkhidmatan.[5]