Edikara | |
---|---|
Kronologi | |
Peristiwa pada Tempoh Edikara Tempoh pengglasieran major Skala stratigrafi untuk subbahagian ICS dan sempadan Prakambria/Kambria. | |
Etimologi | |
Keformalan nama | Formal |
Nama yang diratifikasi | 1990 |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Tempoh |
Unit stratigrafi | Sistem |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah |
|
Sempadan bawah GSSP | Bahagian caruk Enorama, Banjaran Flinders, Australia Selatan 31°19′53″S 138°38′00″E / 31.3314°S 138.6334°E |
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP | Mac 2004[1] |
Takrif sempadan atas | Kemunculan Iknofosil Treptichnus pedum |
Sempadan atas GSSP | Bahagian Fortune Head, Newfoundland, Kanada 47°04′34″N 55°49′52″W / 47.0762°N 55.8310°W |
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP | 1992[2] |
Data atmosfera dan iklim | |
Kandungan purata O2 di atmosfera | c. 8 vol % (40 % berbanding aras moden) |
Kandungan purata CO2 di atmosfera | c. 4500 ppm (16 kali ganda berbanding sebelum zaman industri) |
Purata suhu permukaan | c. 17 °C (3 °C lebih tinggi berbanding paras moden) |
Ediakara[3] ialah nama sesuatu tempoh geologi yang menjangkaui tempoh masa selama 94 juta tahun, bermula dengan pengakhiran Tempoh Kriogen pada sekitar 635 juta tahun dahulu (jtd) sehingga bermulanya Tempoh Kambria pada 541 jtd. Ia menandakan berakhirnya Eon Proterozoik dan bermulanya Eon Fanerozoik. Tempoh ini diberi nama sempena Bukit Ediakara di Australia Selatan.[4]
Tempoh Ediakara disahkan sebagai tempoh geologi rasmi oleh Kesatuan Sains Geologi Antarabangsa (IUGS) pada tahun 2004, menjadikan Ediakara tempoh geologi pertama yang diklasifikasi selepas 120 tahun.[5][6] Walaupun tempoh ini mengambil namanya dari Bukit Ediakara yang merupakan tempat ahli geologi Reg Sprigg menjumpai fosil eponim biota Ediakara pada tahun 1946[7], bahagian bawah stratanya adalah ditemui di dasar Caruk Enorama[8] dalam Gaung Brachina[9][10] di Banjaran Flinders di Australia Selatan, pada 31°19′53.8″S 138°38′0.1″E / 31.331611°S 138.633361°E.