Ekonomi Republik Rakyat China | |
---|---|
Kedudukan | |
Mata wang | yuan (CNY); juga dikenali sebagai Renminbi (RMB) |
Tahun fiskal | Tahun kalendar (01 Januari hingga 31 Disember) |
Pertubuhan perdagangan | WTO, APEC, G-20, dll. |
Perangkaan | |
KDNK | $11.2 trilion (nominal: ke-2; 2016) $21.4 trilion (PPP: ke-1; 2016) |
Pertumbuhan KDNK | 10.3% (ekonomi utama: ke-1; 2010) |
KDNK per kapita | $4,283 (nominal: ke-95; 2010) $7,518 (PPP: ke-93; 2010) |
KDNK mengikut sektor | pertanian (primer) (10.6%) perkilangan (sekunder) (46.8%) perkhidmatan (tertier) (42.6%) perhatian: perkilangan termasuk pembinaan (5.5%) |
Inflasi (CPI) | -0.7% (2009)[1] |
Populasi dibawah garis kemiskinan | 10% (2004) |
Pekali Gini | 46.9 |
Tenaga buruh | 812.7 juta (2009; kedudukan #1) |
Tenaga buruh mengikut pekerjaan | pertanian (43%), perkilangan (25%), perkhidmatan (32%) (2006) |
Pengangguran | 4.2% (Julai 2010)[2] |
Industri utama | perlombongan dan pemprosesan bijih, besi, keluli, aluminium, dan logam-logam lain, arang; Perjenteraan; persenjataan; tekstil dan pakaian; petroleum; simen; bahan kimia; baja; keluaran pengguna termasuk alas kaki, mainan, dan elektronik; pemprosesan makanan; kelengkapan pengangkutan termasuk kereta, gerabak dan lokomotif, kapal, dan pesawat; kelengkapan telekomunikasi, kenderaan pelancaran angkasa komersil, satelit |
Dagangan antarabangsa | |
Eksport | AS$1,577.93 bilion; 2010[3] |
Barangan yang dieksport | mesin elektrik dan lain-lain, termasuk kelengkapan pemprosesan data, pakaian, tekstil, besi dan keluli, kelengkapan optik dan perubatan |
Rakan dagangan eksport utama | AS 20.0%, Hong Kong 12.0%, Jepun 8.3%, Korea Selatan 4.6%, Jerman 4.3% (2009) |
Import | AS$1,394.83 bilion; 2010 [3] |
Barangan yang diimport | mesin elektrik dan lain-lain, bahan api minyak dan galian, kelengkapan optik dan perubatan, bijih logam, plastik, kimia organik |
Rakan dagangan import utama | Jepun 12.3% ,Hong Kong 10.1%, Korea Selatan 9.0%, US 7.7%, Taiwan 6.8%, Jerman 5.6% (2009) |
Saham FDI | $100 bilion (2010) |
Kewangan awam | |
Hutang awam | 18.2% KDNK (ke-107; 2009) |
Hasil negara | $1.260 trilion (2010)[4] |
Perbelanjaan | $1.358 trilion (2010)[5] |
Bantuan ekonomi | penerima: $1.12 per kapita (2008)[6] |
Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (AS$ 1 = RM 3.4551) | |
sunting |
Ekonomi Republik Rakyat China ialah ekonomi kedua terbesar di dunia dari segi KDNK nominal dan ekonomi terbesar di dunia berdasarkan KDNK PPP. Ia merupakan ekonomi utama dunia yang pesat berkembang, dengan purata pertumbuhan ekonomi 10% untuk 30 tahun yang lepas.
China juga merupakan pengeksport terbesar dan pengimport kedua terbesar barangan di dunia. Enam rakan dagangan utamanya (A.S., Jepun, Hong Kong, Korea Selatan, Taiwan, Jerman) membentuk lebih 50% daripada jumlah perdagangan antarabangsa China.