Ekonomi Thailand | ||
---|---|---|
Mata wang | Baht (THB) | |
Tahun fiskal | 1 Oktober - 30 September | |
KDNK per kapita | AS$8,400 (anggaran 2005) | |
KDNK mengikut sektor | Pertanian (9%), industri (44.3%), perkhidmatan (46.7%) (anggaran 2004) | |
Inflasi | 2.8% (anggaran 2004) | |
Jumlah penduduk di bawah garis kemiskinan | 10% (anggaran 2004) | |
Tenaga buruh | 35.36 juta (anggaran 2005) | |
Tenaga buruh mengikut pekerjaan | Pertanian (49%), Industri (14%), Perkhidmatan (37%) (anggaran 2000) | |
Pengangguran | 1.8% (anggaran November 2006) | |
Industri utama | Kereta dan barang ganti kereta (11%), Perkhidmatan kewangan (9%), Alat dan komponen elektrik (8%), Pelancongan (6%), simen, perkilangan kereta, industri berat dan ringan, alat elektrik, komputer dan alat komputer, perabot, plastik, tekstil dan pakaian, pemprosesan pertanian, minuman, dan tembakau | |
Rakan perdagangan | ||
Eksport | AS$110.883 bilion (2005) | |
Rakan utama | Amerika Syarikat 17%, Jepun 14.2%, Singapura 7.3%, China 7.1%, Hong Kong 5.4%, Malaysia 4.8% (2003) | |
Import | AS$118.223 bilion (2005) | |
Rakan utama | Jepun 24.1%, Amerika Syarikat 9.5%, China 8%, Malaysia 6%, Singapura 4.3%, Taiwan 4.2% (2003) | |
Kewangan awam | ||
Hutang negara | AS$81.6 bilion (45.8% KDNK Nominal) (Nov. 2005) | |
Hutang luar negeri | AS$50.4 bilion (anggaran 2004) | |
Hasil | AS$30.2 bilion (anggaran 2004) | |
Perbelanjaan | $31.94 bilion, termasuk perbelanjaan modal sebanyak AS$5 bilion (anggaran 2004) | |
Bantuan ekonomi | Sejak 2002, Thailand tidak lagi merupakan penerima bantuan ekonomi. Sebaliknya, ia menyumbang bantuan ekonomi sebanyak AS$60 juta kepada negara-negara berjiran pada tahun 2005. | |
sunting |
Ekonomi Thailand bergantung kepada eksport yang merupakan 60% daripada KDNK. Kadar pertukaran asing mencapai 37.00/AS$1 (KDNK: $7.3 trilion baht) pada 26 Oktober 2006, dengan KDNK nominalnya di lingkungan AS$200 bilion pada kadar pasaran. Ini mengekalkan Thailand sebagai ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Indonesia, suatu kedudukan yang dipegangnya selama banyak tahun. Pemulihan Thailand daripada Krisis Kewangan Asia 1997-98 bergantung kepada eksport, khususnya permintaan luar Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran asing yang lain. Thaksin Shinawatra yang mengambil alih kerajaan pada Februari 2001 bertujuan untuk merangsangkan permintaan dalam negeri dengan mengurangkan pergantungan Thailand kepada perdagangan luar negeri serta pelaburan asing. Bagaimanapun sejak dari masa itu, pentadbiran Thaksin telah menghalusi perutusan ekonominya, dan kini merangkumi dasar ekonomi "laluan kembar" yang menggabungkan rangsangan dalam negeri dengan penggalakan tradisional pasaran terbuka serta pelaburan asing. Dasar-dasar ini umumnya dikenali sebagai Thaksinomi. Permintaan eksport yang lemah mengakibatkan KDNK bertumbuh pada kadar 1.9% pada tahun 2001. Bagaimanapun pada tahun 2002-3, rangsangan dalam negeri dan pemulihan eksport menghasilkan prestasi ekonomi yang lebih baik, dengan pertumbuhan KDNK sebenar masing-masing mencatat 5.3% dan 6.3%.