Ella | |
---|---|
![]() Ella ditemuramah dalam MeleTOP pada 2016. | |
Kelahiran | Nor Zila binti Aminuddin 31 Julai 1966 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pemuzik, model, usahawan |
Tahun aktif | 1983–kini |
Pangkat | Ratu Rock Malaysia |
Pasangan | Azhar Husaini Ghazali (k. 2012) |
Anak-anak | Shanome Az Zahra (anak angkat) |
Ibu bapa |
|
Saudara | Kaka Azraff (anak saudara) |
Keluarga |
|
Kerjaya muzik | |
Genre | Rock, hard rock, pop rock, rock kapak |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | WEA (kini Warner Music Malaysia) EMI Music Malaysia |
Pengkarya berkait | Ella & The Boys, Spider |
Laman web rasmi | www |
Tandatangan | |
![]() |
Hajah Nor Zila binti Haji Aminuddin atau lebih dikenali dengan nama Ella (lahir 31 Julai 1966) ialah seorang penyanyi, pemuzik dan pelakon wanita Malaysia.[1][2][3] Dilahirkan di Gelugor, Pulau Pinang, kerjayanya bermula pada 1983 sewaktu berusia 17 tahun dengan menyertai kumpulan Moonracker sebelum meninggalkan kumpulan itu dan bergiat aktif sebagai penyanyi di kelab malam. Selepas berjaya mencipta nama sebagai penyanyi kelab malam, bakatnya dikesan oleh sebuah kumpulan rock, The Boys yang akhirnya dikenali sebagai Ella & The Boys yang mana mereka terkenal menerusi lagu "Dua Insan Bercinta".[4][5]
Selepas meninggalkan Ella & The Boys pada 1987, Ella kemudian mencipta nama sebagai penyanyi solo dan menandatangani kontrak rakaman bersama Warner Music Malaysia dan merakamkan album solo pertamanya, Pengemis Cinta (1989) yang berjaya mencapai jualan melebihi 100,000 unit.[6][7] Lagu-lagu seperti "Pengemis Cinta" dan "Permata Biru" dikeluarkan sebagai single utama. Sejak itu, Ella merakamkan beberapa lagi album yang menjadi kejayaan komersial seperti Puteri Kota (1990), 30110 (1992) dan Ella USA (1994). Beliau turut berjinak-jinak dalam bidang lakonan dengan membintangi filem Bayangan Maut (1991),[8] Pemburu Bayang (1993) dan Hanya Kawan (1997). Beliau juga pernah menjadi duta untuk beberapa jenama terkenal seperti L.A. Gear, Levi's, dan Canon.
Antara pencapaian peribadi dalam kerjaya beliau ialah menjadi artis Malaysia pertama yang merakamkan album video, menjadi artis tempatan pertama yang merakamkan album penuh di Amerika Syarikat dan tercatat dalam The Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai "Artis Wanita Pertama Yang Mempunyai Penjualan Album Terbanyak". Beliau juga ialah satu-satunya artis Malaysia yang dipilih menyanyikan lagu tema Sukan Komanwel (SUKOM). Dikenali oleh media sebagai Ratu Rock Malaysia,[9][10][11] beliau merupakan satu-satunya penyanyi wanita Malaysia yang berjaya menguasai muzik rock.[12] Selain itu, Ella juga ialah antara artis yang menerima bayaran tertinggi dan termahal bagi suatu undangan nyanyian.[a]
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan