Embrio | |
---|---|
![]() | |
Embrio-embrio (dan seekor berudu) katak berkedut (Rana rugosa) | |
Kod | TE E1.0.2.6.4.0.5 |
Embrio (dari bahasa Y ἔμβρυον , jamak ἔμβρυα , harf. "yang membesar," dari en- "in" + bryein, "mengembang, memenuh") merupakan eukariot diploid multisel dalam tahap terawal dalam perkembangan, dari masa pembahagian sel pertama hingga kelahiran, penetasan, atau percambahan. Bagi manusia, ia dipanggil embrio sehingga sekitar lapan minggu selepas persenyawaan, dan mulai saat itu dipanggil janin.
Perkembangan embrio dipanggil embriogenesis. Bagi organisma yang membiak secara seksual, apabila sperma bersenyawa dengan sel telur, hasilnya ialah sel yang dipanggil zigot, yang mewarisi separuh DNA dari setiap satu induknya. Bagi tumbuhan, haiwan dan sesetengah protis, zigot itu akan berpecah secara mitosis untuk menghasilkan satu organisma multisel. Hasil proses inilah embrio.