Amir Abdelkader El Djezaïri عـبـد الـقـادر الـجـزائـري | |
---|---|
![]() Fotograf tangkapan Étienne Carjat in 1865 | |
Nama asal | عبد القادر ابن محيي الدين |
Nama lahir | Abdelkader ibn Muhieddine al-Hasani- |
Kelahiran | Guetna, Algeria Uthmaniyah | 6 September 1808
Meninggal dunia | 26 Mei 1883 Damsyik, Syria Uthmaniyah[1] | (umur 74)
Disemadikan | El Alia |
Pangkat | Amir |
Pertempuran | Pertempuran Macta Pertempuran Sig Pertempuran Sidi-Brahim Pertempuran Oued Aslaf Pertempuran Agueddin |
Anugerah | Légion d'honneur (Grand-Croix) Darjah Pius IX Pangkat Pertama Darjahe Medjidie Order of the Redeemer (Grand Cross) |
Amir Abdelkader ibn Muhieddine (6 September 1808 - 26 Mei 1883; Arab: عبد القادر ابن محيي الدين, rumi: ʿAbdu al-Qādir ibn Muḥyi id-dīn ) atau juga dikenali sebagai Abdelkader El Hassani El Djazairi adalah seorang cendekiawan, ahli sufi dan panglima tentera Algeria yang memimpin perjuangan menentang penaklukan kerajaan Perancis pada pertengahan abad ke-19. Beliau berjaya menyatukan suku-sakat tanahnya bertahun-tahun berjaya memerangi kuasa Perancis yang pada ketika itu salah satu tentera paling maju di Eropah.[2] Beliau menawan perhatian sedunia kerana tindakan kemanusiaannya membantu masyarakat Kristian Damsyik yang terjejas akibat rusuhan oleh kaum Duruzi tahun 1860.
Di Algeria, usahanya untuk menyatukan negara itu melawan penjajah Perancis disanjung dengan perbandingan seakan Jugurtha, raja Numidia yang terkenal, kemampuannya untuk menggabungkan kuasa agama dan politik telah menyebabkan dia diakui sebagai "Wali segala Putera, Putera segala Wali".[3] Beliau turut mendapat akuan orang Eropah yang kagum[4][5] dengan keperibadian dan sifat murah hati serta simpati kepada tawanan perang.[6]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama EB