Empayar Gupta गुप्त राजवंश Gupta Rājavaṃśa | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
320–600-an | |||||||||||
![]() Empayar Gupta pada takat yang terbesar (kelabu), serta negeri-negeri lindungannya (hijau). | |||||||||||
Ibu negara | Pataliputra | ||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Sanskrit | ||||||||||
Agama | Agama Hindu Agama Buddha | ||||||||||
Kerajaan | Pemerintahan beraja | ||||||||||
Maharajadhiraja | |||||||||||
Sri-Gupta | |||||||||||
Chandragupta I | |||||||||||
Vishnugupta | |||||||||||
Era Sejarah | Zaman purba | ||||||||||
• Didirikan | 320 | ||||||||||
• Dibubarkan | 600-an | ||||||||||
|
Sejarah Asia Selatan Sejarah India | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Zaman Batu | sebelum 3300 SM | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
- Budaya Mehrgarh | 7000–3300 SM | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tamadun Lembah Indus | 3300–1700 SM | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
- Budaya Harappa Akhir | 1700–1300 SM | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pemerintahan Syarikat di India | 1757–1858 Masihi | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
India British | 1858–1947 Masihi | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pemecahan India | 1947 Masihi | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sejarah Sri Lanka | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sejarah negara | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Afghanistan • Bangladesh • Bhutan • India Maldives • Nepal • Pakistan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sejarah khusus | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Duit syiling • Dinasti • Ekonomi Indologi • Bahasa • Kesusasteraan • Kelautan Tentera • Sains dan Teknologi • Garis masa | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Empayar Gupta (Sanskrit: गुप्त राजवंश , Gupta Rājavaṃśa) ialah empayar India kuno yang wujud mulai kira-kira 320 hingga 550 Masihi dan merangkumi kebanyakan subbenua India.[1] Diasaskan oleh Maharaja Sri-Gupta, dinasti ini ialah contoh unggul sebuah tamadun klasik.[2] Keamanan dan kemakmuran yang wujud di bawah kepimpinan raja-raja Gupta membolehkan pengejaran bidang kegiatan saintifik dan kesenian. [3]. Zaman ini dikenali sebagai Zaman Kegemilangan India [4] dan ditandai oleh banyak rekaan dan temuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, seni, dialektik, kesusasteraan, logik, matematik, astronomi, agama, dan falsafah yang membentuk unsur-unsur tentang apa yang umumnya dikenali sebagai budaya Hindu.[5] Chandragupta I, Samudragupta, dan Chandragupta II merupakan raja-raja yang terkenal dalam dinasti Gupta.[6]
Pencapaian tertinggi daya cipta kebudayaan ini adalah dalam bidang seni bina, arca, dan lukisannya yang megah.[7] Zaman Gupta menghasilkan sarjana seperti Kalidasa, Aryabhata, Varahamihira, Vishnu Sharma, Vatsyayana, dan Prashastapada yang masing-masing menyumbangkan kemajuan yang besar dalam banyak bidang akademik.[8][9] Sains dan pentadbiran politik mencapai puncak yang lebih tinggi semasa zaman Gupta.[10] Hubungan-hubungan perdagangan yang kuat juga menyebabkan wilayah ini merupakan suatu pusat kebudayaan yang penting serta juga menjadikannya sebagai suatu pangkalan yang mempengaruhi kerajaan-kerajaan dan wilayah-wilayah yang berhampiran di Burma, Sri Lanka, Kepulauan Melayu, dan Indochina.[11]
Kitab Purana terawal yang masih wujud juga dianggap ditulis sekitar zaman ini. Empayar ini beransur-ansur merosot kerana pelbagai faktor, termasuklah kehilangan wilayah dan kuasa empayar yang besar yang diakibatkan oleh bekas negeri-negeri lindungannya dan serangan oleh orang Huna dari Asia Tengah.[12] Selepas kejatuhan Empayar Gupta pada abad ke-6, India sekali lagi diperintah oleh banyak kerajaan wilayah, dengan salasilah sebuah kaum kerabat Gupta terus memerintah Magadha. Raja-raja itu akhirnya digulingkan oleh Harsha, raja dari Vardhana, yang mengasaskan sebuah empayar yang baharu pada separuh pertama abad ke-7.
|deadurl=
ignored (bantuan)