Empayar Hoysala ಹೊಯ್ಸಳ ಸಾಮ್ರಾಜ್ಯ | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1026–1343 | |||||||||
![]() Extent of Hoysala Empire, 1200 CE | |||||||||
Status | Empayar (Bawahan Chalukya Barat sehingga tahun 1187) | ||||||||
Ibu negara | Belur, Halebidu | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Kannada | ||||||||
Agama | Hindu | ||||||||
Kerajaan | Beraja | ||||||||
Raja | |||||||||
• 1026 – 1047 | Nripa Kama II | ||||||||
• 1292 – 1343 | Veera Ballala III | ||||||||
Sejarah | |||||||||
• Catatan Hoysala terawal | 950 | ||||||||
• Didirikan | 1026 | ||||||||
• Dibubarkan | 1343 | ||||||||
|
Empayar Hoysala (Bahasa Kannada: ಹೊಯ್ಸಳ ಸಾಮ್ರಾಜ್ಯ , hojsəɭə saːmraːdʒjə) ialah sebuah empayar Kannadiga India Selatan tersohor yang menguasai kebanyakan kawasan negeri Karnataka dari abad ke-10 hingga abad ke-14. Ibu kota Hoysala mula-mulanya terletak di Belur, kemudian berpindah ke Halebidu.
Raja-raja Hoysala asalnya merupakan penduduk bukit Malnad Karnataka, sebidang kawasan tanah tinggi di banjaran Ghat Barat. Pada abad ke-12, sebagai mengambil kesempatan terhadap peperangan saling menghancur antara kerajaan-kerajaan Chalukya Barat dan Kalachuri, mereka mengilhakkan kawasan-kawasan Karnataka masa kini dan tanah-tanah subur di utara delta Sungai Kaveri di Tamil Nadu masa kini. Menjelang abad ke-13, pemerintah Hoysala mentadbir kebanyakan kawasan Karnataka, beberapa bahagian Tamil Nadu dan Andhra Pradesh barat di India Decca.
Zaman pemerintahan Hoysala adalah penting untuk perkembangan seni lukis, seni bina dan keagamaan di India Selatan. Empayar ini kini dikenang terutamanya kerana meninggalkan seni bina kuilnya. Lebih seratus buah kuil yang masih ada bertaburan di seluruh negeri Karnataka, termasuklah Kuil Chennakesava yang tersohor di Belur, Kuil Hoysaleswara di Halebidu, dan Kuil Kesava di Somanathapura. Para pemerintah Hoysala menaungi bidang seni halus, maka menggalakkan kemekaran karya sastera berbahasa Kannada dan Sanskrit.