Great Mongol State ᠶᠡᠬᠡ ᠮᠣᠩᠭᠣᠯ ᠤᠯᠤᠰ Yeke Mongγol Ulus | |
---|---|
1206–1368 | |
Status | Khagan (Empayar Nomad) |
Ibu negara | Avarga (1206–1235) Karakorum (1235–1260) Khanbaliq (1271–1368) |
Bahasa yang umum digunakan |
|
Agama | |
Kerajaan | Monarki |
Khagan-Maharaja[b] | |
• 1206–1227 | Genghis Khan |
• 1229–1241 | Ögedei Khan |
• 1246–1248 | Güyük Khan |
• 1251–1259 | Möngke Khan |
• 1260–1294 | Kublai Khan (pemerintah nominal) |
• 1333–1368 | Toghon Temür (pemerintah nominal) |
Badan perundangan | Kurultai |
Sejarah | |
• Genghis Khan naik takhta | 1206 |
1250–1350 | |
1260–1294 | |
• Kejatuhan Ilkhan | 1335 |
• Perpecahan Khaniyah Chagatai | 1347 |
• Keruntuhan Dinasti Yuan | 1368 |
• Keruntuhan Golden Horde (Horde Agung) | 1502 |
Keluasan | |
1206[4] | 4,000,000 km2 (1,500,000 bt2) |
1227[4] | 12,000,000 km2 (4,600,000 bt2) |
1279 | 32,156,358 km2 (12,415,639 bt2) |
1294[4] | 23,500,000 km2 (9,100,000 bt2) |
1309[4] | 24,000,000 km2 (9,300,000 bt2) |
Mata wang | Various[c] |
Templat:Campaignbox Mongol invasions and conquests
Empayar Mongol (Mongolia:dengar (bantuan·maklumat)Mongol-yn Ezent Güren, merujuk kepada empayar yang diperintah oleh Khan Agung Mongol semasa kurun ke-13 hingga ke-14. Ia asalnya dinamakan Mongol Besar, Negeri Mongol Agung, (Mongolia: Ikh Mongol Uls). Empayar ini merupakan antara yang terbesar dalam sejarah. Orang Mongol berasal daripada sekitar pergunungan Khingan di timur, di barat pergunungan Altai dan Tian, Sungai Shilka dan banjaran berdekatan dengan Tasik Baikal di utara, serta selatan Tembok Besar China. Bermula dengan hanya padang rumput steppe di Asia Tengah, empayar ini berkembang dengan kawasan yang meliputi Eropah Timur sehinggalah ke Laut Jepun, merangkumi sebahagian besar kawasan Siberia di utara merentasi selatan ke sebahagian Asia Tenggara serta benua kecil India dan wilayah Timur Tengah. Umum dikenali sebagai empayar yang memiliki wilayah berdampingan terbesar di dalam sejarah manusia. Ketika kemuncaknya, ia merentasi jarak 9,700 km, meliputi kawasan seluas 24,000,000 km2 [5][6][7][8] iaitu bersamaan 16% daratan Bumi dan menguasai sejumlah 100 juta penduduk.
Empayar ini diasaskan oleh Genghis Khan pada tahun 1209 apabila beliau berjaya menyatukan suku-suku bangsa Mongol. Empayar Mongol berkembang sangat pesat di bawah kepimpinan Genghis Khan serta keturunan beliau apabila mereka menghantar tentera penakluk ke segenap pelusuk dunia. [9][10][11][12][13][14]Genghis Khan meninggal dunia pada 1227 dan digantikan oleh Kublai Khan yang meluaskan empayar dan mengasaskan Dinasti Yuan di China. Empayar luas yang merentasi benua Asia menghubungkan tamadun-tamadun di antara dunia Barat dan Timur, sehingga memwujudkan kebudayaan baru menggantikan kebudayaan lama. Di bawah penguasaan Mongol, teknologi baru, komoditi serta idealogi mengalami pertukaran merentasi kawasan Eurasia. Pertukaran yang berlaku adalah pelbagai bermula dari kartografi hingga ke percetakan dan dari pertanian hingga ke astronomi.[15][16]
Empayar Mongol mula berpecah pada kurun ke-14. Mereka sama ada diserapkan ke kuasa lain atau dikalahkan.
元年丙寅,帝大会诸王群臣,建九斿白旗,即皇帝位于斡难河之源,诸王群臣共上尊号曰成吉思皇帝["Genghis Huangdi"]。
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan