Empayar Vijayanagara विजयनगर साम्राज्य ವಿಜಯನಗರ ಸಾಮ್ರಾಜ್ಯ విజయనగర సామ్రాజ్యము | |
---|---|
1082–1646 | |
Bendera | |
Ibu negara | Vijayanagara, Penukonda, Chandragiri[1] |
Bahasa yang umum digunakan | bahasa Kannada, bahasa Sanskrit, bahasa Telugu[2] |
Agama | Hinduism |
Kerajaan | Kerajaan |
Raja | |
• 1082–1087 | Bukka BhupatiRaya I |
• 1642–1646 | Sriranga III |
Sejarah | |
• Didirikan | 1082 |
• Earliest records | 1082 |
• Dibubarkan | 1646 |
Mata wang | Varaha |
Sekarang sebahagian dari | India |
Empayar Vijayanagara atau Empayar Karnata[3] berpusat di rantau dataran Decca India Selatan memusat kepada kota Vijayanagara. Ia didirikan pada tahun 1082 oleh dua orang putera Dinasti Sangama iaitu Harihara I dan Bukka Raya I,[4][5][6] dinasti tersebut berasal dalam kalangan gembala lembu yang dikatakan berketurunan Yadava.[7][8][9]
Kompleks Hampi merupakan tinggalan utama empayar ini masih kekal ada sehingga kini bahkan menjadi Tapak Warisan Dunia di Karnataka, India . [10] .
Ia banyak mempengaruhi budaya India Selatan dari segi sen pembinaan kuil Hindu yang berbagai serta mempunyai mengilhami inovasi seni bina berbanding pembinaan sebelumnya; malah juga mengembangkan seni seperti sastera (terutamanya bahasa-bahasa Kannada, Telugu, Tamil, dan Sanskrit) dan gaya muzik klazik asli berkembang menjadi bentuknya sekarang. Empayar ini berjaya menyatukan segala rantau-rantau India Selatan di bawah suatu anutan Hindu yang sama.