Ensefalitis | |
---|---|
![]() | |
Imbasan MRI menunjukkan isyarat tinggi di lobus temporal dan girus frontal inferior kanan dalam pesakit ensefalitis HPV. | |
Pengkhususan | Neurologi, Penyakit berjangkit |
Gejala | Sakit kepala, demam, kekeliruan, tegang leher, muntah[1] |
Kerumitan | Sawan, sukar bertutur, masalah ingatan, masalah pendengaran[1] |
Tempoh | Berminggu hingga berbulan untuk pulih[1] |
Jenis | Herpes simpleks, Nil Barat, rabies, kuda timur, lain-lan[2] |
Punca | Jangkitan, autoimun, ubat, tidak diketahui[2] |
Berdasarkan gejala, disokong ujian darah, pengimejan perubatan, analisis cecair serebrospinal[2] | |
Rawatan | Ubat antivirus, antikonvulsan, kortikosteroid, pernafasan buatan[1] |
Prognosis | Pelbagai[1] |
Kekerapan | 4.3 juta (2015)[3] |
Kematian | 150,000 (2015)[4] |
sunting![]() |
Ensefalitis ialah keradangan di otak.[5] Kadangkala ensefalitis dapat disebabkan oleh jangkitan bakteria, seperti meningitis, atau komplikasi dari penyakit lain seperti penyakit anjing gila (disebabkan oleh virus) atau sifilis (disebabkan oleh bakteria). Penyakit parasit dan protozoa seperti toksoplasmosis, malaria, atau meningoensefalitis ameba utama, juga dapat menyebabkan ensefalitis pada orang yang sistem kekebalan tubuhnya kurang.[1][2] Penyakit autoimun serta ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan ensefalitis.[2] Kerosakan otak terjadi disebabkan otak terdorong terhadap tengkorak dan menyebabkan kematian.
Keterukan ensefalitis adalah pelbagai mengikut gejala, termasuk kemerosotan kesedaran diri, sakit kepala, demam, kekeliruan, tegang leher dan muntah.[1][6] Komplikasi termasuk sawan, halusinasi, sukar bertutur, masalah ingatan dan masalah pendengaran.[1]
Sebilangan jenis ensefalitis dapat dicegah dengan vaksin.[5] Rawatan mungkin termasuk ubat antivirus seperti asiklovir, antikonvulsan dan kortikosteroid.[1] Rawatan lazimnya dibuat di hospital.[1] Sebilangan pesakit memerlukan pernafasan buatan.[1] Apabila masalah utama dapat dikawal, rehabilitasi mungkin diperlukan.[2] Pada 2015, ensefalitis dianggarkan telah dihidap oleh 4.3 juta orang, dan menyebabkan 150,000 kematian di seluruh dunia.[3][4]