Enthiran

Enthiran
Poster filem Enthiran 2010
PengarahS.Shankar
PenulisS.Shankar
Dihasilkan olehKalanithi Maran
DibintangiRajinikanth
Aishwarya Rai Bachchan
Danny Denzongpa
SinematografiR.Rathnavelu
Disunting olehAnthony
Muzik olehA R Rahman
Diedarkan olehSun Pictures
Tarikh tayangan
1 Oktober 2010
Masa tayangan
165 minit
Negara India
BahasaBahasa Tamil
BajetMYR150 million
Pecah panggungMYR378 million

Enthiran (Bahasa Tamilஎந்திரன், Entiraṉ [?]; bahasa Inggeris: Robot) filem cereka sains Tamil yang diarahkan oleh S. Shankar. Filem ini dilakonkan oleh Super Star Rajinikanth sebagai Profesor Vassegaran dan robot android, Aishwarya Rai Bachchan sebagai Sana, Danny Denzongpa sebagai Profesor Bohra dan Santhanam, Karunaas, Devadarshini sebagai watak menyokong. Filem ini mengisahkan mengenai perjuangan saintis untuk mengawal ciptaannya, robot android yang perisiannya telah dinaik taraf untuk memberikan keupayaan untuk memahami dan menjana emosi manusia. Rancangan ini mengalami kegagalan apabila robot itu jatuh cinta dengan tunang saintis itu iaitu Sana dan terus dipermainkan untuk mengakibatkan kemusnahan kepada dunia apabila robot tersebut jatuh ke tangan pesaingnya.

Fail:Endhiran latest stills photos pictures 01.jpg
Robot yang digunakan untuk Endhiran

Selepas hampir satu dekad kerja-kerja pra-pengeluaran, pengambaran filem itu mengambil masa dalam tempoh dua tahun bermula pada tahun 2008. Filem ini menandakan bermulanya Legacy Effects di pawagam India, yang bertanggungjawab bagi animatronik dan kesan visual filem, termsauk juga artis-artis lain di luar India. Skor muzik dan trek bunyi latar filem itu, yang telah digubah oleh A. R. Rahman, menjadi album terlaris dunia pada iTunes Store di tiga buah negara dalam tempoh beberapa hari selepas siaran digital. Filem yang dikeluarkan di seluruh dunia pada 1 Oktober 2010, bersama-sama dengan versi yang digelar: Robo (Telugu: రోబో) di Telugu dan Robot (Hindi: रोबोट) dalam Hindi.[1] Diterbitkan oleh Kalanithi Maran, ia menjadi filem yang paling mahal di India sehingga kini.[2][3] Apabila dibebaskan, filem ini menjadi filem yang terbesar ditayangkan secara antarabangsa bagi filem India.[4][5]

Filem ini menerima pujian pengkritik dan kejayaan komersial, mendapat pendapatan hujung minggu terbesar bagi sebarang filem Tamil.[6] It was ultimately claimed to be the highest-grossing Indian film of all time,[7][8] Ia akhirnya didakwa sebagai filem India berpendapatan terbesar sepanjang masa, sungguhpun disebabkan rekod box office rasmi tidak disimpan di India, ini tidak dapat disahkan secara bebas. Ia turut menerima pujian dari selebriti terkenal di India dan seluruh dunia.

Pada tahun berikutnya, filem ini memenangi beberapa anugerah , termasuk Bintang Anugerah Skrin tahun 2010, Anugerah Filem Negara, Anugerah Vijay, Anugerah Akademi Filem India Antarabangsa, dan Filmfare Awards Selatan, terutamanya bagi arahan seni-dan kesan khas, yang telah dikendalikan oleh Cyril Sabu dan V. Srinivas Mohan, masing-masing.

  1. ^ "Rajini's Robo to hit Tollywood in October". Sify.com. Dicapai pada 18 September 2010.
  2. ^ "Endhiran: The costliest film in India". India Today. Dicapai pada 11 Ogos 2010.
  3. ^ Bollywood sci-fi flick Endhiran storms box office channelnewsasia.com Retrieved 17 October 2010.
  4. ^ Meet India's biggest film star THE INDEPENDENT. Retrieved 03 October 2010.
  5. ^ "2000 prints for 'Enthiran' Tamil Movie News". IndiaGlitz. Dicapai pada 18 September 2010.
  6. ^ "Rajinikanth's Enthiran 'Robot' Review". Dicapai pada 1 Oktober 2010.
  7. ^ "Rajinikanth adds 30% to Kalanithi Maran's Sun TV Network revenue". IBN Live. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2011. Dicapai pada 30 Oktober 2011.
  8. ^ "Rajinikanth adds 30% to Kalanithi Maran's Sun TV Network revenue". The Economic Times.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne