Epoch Cassette Vision

Epoch Cassette Vision
PengilangEpoch
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi kedua
Ketersediaan runcitJepun 30 Julai 1981
MediaKatrij ROM

Epoch Cassette Vision merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Epoch dan dilancarkan di Jepun pada 30 Julai 1981[1]. Konsol ini boleh dikatakan memiliki alat pengawal yang agak unik; empat tombol terbina di atas badan konsol, 2 pemain akan menggunakan 2 tombol (1 tombol untuk pergerakan mendatar dan 1 lagi tombol untuk pergerakan melintang), dan juga 2 butang untuk setiap pemain[2].

Konsol ini pada asalnya dijual pada harga ¥13,500, manakala judul permainan video pula dijual pada harga ¥4,000. Ianya telah terjual sebanyak lebih kurang 400,000 unit[3], menjadikannya antara konsol permainan video paling banyak terjual pada ketika itu di Jepun sebelum konsol Nintendo Entertainment System mula dipasarkan[4]. Syarikat Epoch kemudian mengumumkan pengganti kepada konsol ini iaitu Super Cassette Vision.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama hardcore
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama cracked
  3. ^ "Epoch and the Cassette Vision – 1997 Developer Interview". shmuplations.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Oktober 2015. Dicapai pada 25 Julai 2020.
  4. ^ "CLASSIC VIDEOGAME STATION ODYSSEY/EVENT/EARLY CREATERS". Game Odyssey (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2019. Dicapai pada 13 Ogos 2024.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne