Era Kristian[1][2] (juga Era Kini[3] atau Era Biasa), disingkatkan sebagai CE adalah nama alternatif bagi era takwim, Tahun Masihi (singkatannya M).[4] BCE pula adalah singkatan bagi Sebelum Era Kristian/Biasa/Kini (atau alternatifnya Sebelum Masihi, SM). Penamaan CE/BCE digunakan dalam sistem penomboran tahun yang diperkenalkan pada abad ke-6 oleh sami Kristian, Dionysius Exiguus. Beliau memulakan tahun Masihi, yang menggunakan permulaan kehidupan Jesus Christ sebagai tarikh rujukan.[5][6] Tidak termasuk tahun sifar, dua tatatanda iaitu CE/BCE dan SM/M secara berangkanya adalah setara seperti "2013 M" sepadan dengan "2013 BCE" dan "200 SM" adalah sepadan dengan "200 BCE".
Tahun 1: CE – Apa yang dikenali sebagai "Era Kini". Ia secara tradisionalnya bermula dengan kelahiran guru Yahudi yang digelar Jesus. Para pengikutnya percaya bahawa baginda adalah al-Masih yang dijanjikan dan kemudiannya beliau berpisah daripada agama Yahudi dan mengasaskan agama Kristian.
Takwim Gregory pada hari ini digunakan sebagai piawaian antarabangsa untuk kegunaan awam...Tahun dikira daripada epok asas yang ditakrif oleh Dionysius Exiguus