Erich Raeder

Erich Raeder
Potret rasmi Erich Raeder sambil memegang baton Grossadmiral
Nama lahirErich Johann Albert Raeder
Kelahiran24 April 1876 (1876-04-24)
Wandsbek
Meninggal dunia6 November 1960(1960-11-06) (umur 84)
Kiel
Kesetiaan Empayar Jerman
 Republik Weimar
 Jerman Nazi
PerkhidmatanBendera tentera laut Empayar Jerman Kaiserliche Marine
Bendera tentera laut Republik Weimar Reichsmarine
Bendera tentera laut Jerman Nazi Kriegsmarine
Tahun perkhidmatan1894–1943
PangkatGrossadmiral
ArahanKruiser SMS Coln
Tentera Laut Jerman
PertempuranPerang Dunia I Perang Dunia II
AnugerahDarjah Kerabat Diraja Hohenzollern
Lencana Emas Parti
Knight Cross of the Iron Cross

Erich Johann Albert Raeder (24 April 1876 – 6 November 1960) ialah seorang pemimpin tentera laut Jerman yang berkhidmat dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Raeder mencapai pangkat tertinggi tentera laut iaitu Grossadmiral (Laksamana Besar) pada tahun 1939, menjadi orang pertama yang memegang pangkat tersebut sejak Alfred von Tirpitz. Raeder adalah Panglima Tertinggi Kriegsmarine (Tentera Laut Jerman) sebelum dan semasa pertengahan Perang Dunia II; beliau terpaksa meletakkan jawatan pada tahun 1943 dan telah digantikan oleh Karl Donitz. Beliau telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup di Perbicaraan Nuremberg, tetapi telah dibebaskan awal kerana masalah kesihatan pada tahun 1955. Dua tahun kemudian beliau menulis sebuah autobiografi bertajuk Mein Leben (Kehidupan Ku).

Seorang pegawai tentera laut dari sekolah lama Prusia, Raeder memimpin pengembangan haram tentera laut Jerman pada akhir tahun 1920-an dan awal tahun 1930-an; walaupun beliau mengalu-alukan kebangkitan kuasa Adolf Hitler, beliau sering bercanggah pendapat dengan strategi Hitler; tentangannya terhadap pertukaran menyeluruh kepada peperangan kapal selam menyebabkan penyingkirannya, tetapi memoirnya gagal mempertahankan kelakuannya semasa perang.

Raeder bersama Hitler, Januari 1943

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne