Ernest J. King | |
---|---|
![]() Laksamana Armada Ernest J. King, USN | |
Nama lahir | Ernest Joseph King |
Nama samaran | "Ernie" "Rey" |
Kelahiran | Lorain, Ohio | 23 November 1878
Meninggal dunia | 25 Jun 1956 Kittery, Maine | (umur 77)
Kesetiaan | ![]() |
Perkhidmatan | Tentera Laut Amerika Syarikat |
Tahun perkhidmatan | 1901–1956 |
Pangkat | ![]() |
Arahan | Armada Amerika Syarikat |
Pertempuran | Perang Sepanyol-Amerika Perang Dunia II |
Anugerah | Navy Cross Navy Distinguished Service Medal Sampson Medal |
Tugas lain | Presiden Yayasan Sejarah Tentera Laut |
Ernest Joseph King (23 November 1878 – 25 Jun 1956) ialah Panglima Besar Armada Amerika Syarikat (COMINCH) dan Ketua Operasi Tentera Laut (CNO) semasa Perang Dunia II. Selaku COMINCH-CNO, beliau mengarah operasi, perancangan, dan pentadbiran Tentera Laut Amerika Syarikat serta merupakan seorang anggota Ketua Turus Bersama. Beliau adalah pegawai kedua Tentera Laut A.S. yang paling kanan selepas Laksamana Armada William D. Leahy, dan merupakan laksamana kedua dilantik ke pangkat lima bintang. Beliau bertugas dibawah Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat Frank Knox dan kemudian dibawah James Forrestal, menjadi tokoh utama dalam tentera laut Amerika semasa Perang Dunia II dan dalam majlis tentera Bersekutu beliau secara berterusan menggesa perhatian lebih besar untuk Perang Pasifik.