Ethnologue | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | https://www.ethnologue.com/ |
Jenis perniagaan | Pertubuhan bukan untung |
Jenis | Terbitan saintifik |
Tersedia dalam | Bahasa Inggeris |
Ditubuhkan | 1951 |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | SIL |
Pengasas | Richard S. Pittman |
Penerbit | David M. Eberhard, Gary F. Simons, Charles D. Fennig |
Tema | Linguistik |
Komersial | Ya |
Pendaftaran | Diperlukan untuk mengakses kebanyakan kandungan sejak 2019 |
Lokasi | |
Ibu pejabat | , Amerika Syarikat |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Pautan luar berkaitan | |
ISSN | 1946-9675 |
OCLC | 43349556 |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Ethnologue: Languages of the World adalah sebuah penerbitan berasaskan web yang mengandungi perangkaan bagi 7,105 bahasa dan dialek dalam edisi ke-17, diterbitkan pada tahun 2013.[1] Sehingga edisi ke-16 pada tahun 2009 , penerbitannya itu adalah bentuk bercetak. Ethnologue menyediakan maklumat mengenai bilangan penutur, lokasi, dialek, gabungan bahasa, adanya Alkitab dalam bahasa itu, dan anggaran daya maju bahasa menggunakan EGIDS.[2] Sehingga Julai 2013, ia adalah katalog bahasa yang paling menyeluruh dan mudah, sungguhpun ada maklumat yang luput atau palsu. Satu projek dengan matlamat yang sama yang masih dalam pembangunan adalah Linguasphere Observatory Register.
William Bright, ketika itu merupakan pengarang bagi Language: Journal of the Linguistic Society of America, menulis mengenai Ethnologue bahawa ia penting bagi sebarang para rujukan mengenai bahasa di dunia."[3] Pihak yang lain pula telah mengkritik kualiti data dan menunjukkan kesilapan. Sebagai contoh, rujukan silang boleh memaut ke rujukan kod ISO 639 yang salah, manakala pokok keluarga adalah dijanakan secara automatik, menyebabkan lata cladistic bermasalah yang boleh mengherot hubungan bahasa.