Nama tempatan: Εύβοια | |
---|---|
![]() NASA gambar Yunani Tengah dengan Euboea terletak di sebelah kanan | |
![]() | |
Geography | |
Koordinat | 38°30′N 24°00′E / 38.500°N 24.000°EKoordinat: 38°30′N 24°00′E / 38.500°N 24.000°E |
Kepulauan | Kepulauan Aegea |
Keluasan | 3,684 km2 (1,422 bt2) |
Aras tertinggi | 1,743 m (5,719 ft) |
Titik tertinggi | Dirfi |
Pentadbiran | |
Wilayah | Yunani Tengah |
Unit wilayah | Euboea |
Perbandaran | Εύβοια |
Capital city | Chalcis |
Demografik | |
Penduduk | 191,206 (2011) |
Kepadatan penduduk | 54 /km2 (140 /sq mi) |
Maklumat tambahan | |
Poskod | 34x xx |
Kod kawasan | 22x0 |
Pendaftaran kenderaan | XA |
Laman sesawang rasmi | www.naevias.gr |
Euboea (sebutan: /jubiɑ/; Bahasa Yunani Kuno: Εὔβοια , Eúboia , AFA: [ěu̯boi̯a]; Jawi: يوبيا ), juga dikenali dengan ejaan modennya Evia (Yunani: Εύβοια, rumi: Eúboia , AFA: [ˈevi.a]), ialah pulau Yunani yang kedua terbesar mengikut keluasan dan populasi, selepas Crete, dan pulau yang keenam terbesar di Laut Mediterranean. Di antaranya dan Boeotia di tanah besar Yunani ialah Selat Euripus yang halus (sekadar 40 m (130 ka) sahaja di titik tersempitnya).[1] Euboea ialah sebuah pulau yang panjangnya 180 km (110 bt) dan mempunyai kelebaran antara 50 km (31 bt) dan 6 km (3.7 bt). Ia mengunjur dari barat laut ke tenggara dan sebuah banjaran gunung melintangi di sepanjangnya, memisahkannya dari Thessaly di timur. Banjaran ini mencapai ke selatan Euboea ke pulau-pulau Andros, Tinos dan Mykonos.[2]
Ia membentuk sebahagian besar unit wilayah Euboea, yang juga termasuk Skyros dan sekawasan kecil di tanah besar Yunani.