Evolusi KL Drift | |
---|---|
![]() Poster keluaran tayangan | |
Pengarah | Syamsul Yusof |
Penulis |
|
Lakon layar | Syamsul Yusof |
Cerita oleh | Rizal Ashreff |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Raja Mukhriz |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | James Baum |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 95 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.63 juta |
Pecah panggung | RM 3.9 juta |
Evolusi KL Drift (digayakan dalam filem sebagai Evolusi: KL Drift; atau disebut sebagai KL Drift sahaja)[1] merupakan sebuah filem aksi permotoran Malaysia 2008 arahan sulung Syamsul Yusof yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip.[2][3] Ia berkisarkan tentang dua sahabat karib yang sama-sama berkongsi hobi dan minat dalam sukan perlumbaan kereta 'drift'. Filem ini dibintangi oleh Syamsul Yusof, Farid Kamil, Aaron Aziz, Fasha Sandha dan Diana Danielle.[4]
Ditayangkan pada 3 April 2008, filem ini menjadi kejayaan komersial sekaligus menerima pelbagai ulasan daripada pengkritik filem dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM4.5 juta. Syamsul menerima pujian daripada pengkritik untuk percubaan sulungnya sebagai pengarah. Filem ini dikatakan telah dipengaruhi oleh filem aksi permotoran Amerika, The Fast and the Furious: Tokyo Drift.[5][6] Kesinambungannya, Evolusi KL Drift 2 telah ditayangkan pada 25 Mac 2010.