Sebahagian daripada siri |
Falsafah |
---|
Falsafah (Jawi: فلسفه ) ialah satu disiplin ilmiah mengusahakan kebenaran umum dan asas melalui pengamatan dan penyelesaian masalah yang mendasar dan umum tentang persoalan seperti keberadaan, pengetahuan, nilai, akal, fikiran dan bahasa.[1] Para pengamal bidang ini disebut sebagai ahli falsafah, ahli fikir atau filsuf.[2] Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Sehingga kini, ahli-ahli falsafah masih belum mencapai kata sepakat mengenai takrifan falsafah. Malah ada yang mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan. Ini adalah kerana kita dapat berfalsafah tentang pengertian falsafah1. Maka dengan itulah kita akan menemui pendapat yang berbeza-beza mengenai takrif falsafah di antara ahli-ahli falsafah itu sendiri. Bagi rujukan umum, di sini kita hanya mengambil satu contoh takrif falsafah daripada Drs. Sidi Gazalba:
Perkataan "falsafah" meminjam daripada Arab: فلسفة, rumi: falsafat , ia sendirinya menyerap perkataan Yunani: Φιλοσοφία, rumi: philosophia yang bermaksud "cinta kepada hikmah" (love of wisdom).[3][4] Kamus moden awal bahasa Melayu seperti Kitab Vortaro memberi takrifan bidang ini sebagai "penjelidikan pada segala apa jang menosia bisa dapet mengarti".[5]
The aim of philosophical inquiry is to gain insight into questions about knowledge, truth, reason, reality, meaning, mind, and value..