Sebahagian daripada siri |
Anime dan manga |
---|
Portal Anime dan Manga |
Fansub (kependekan bagi fan-subtitled atau sari kata peminat) ialah versi filem atau rancangan televisyen asing yang diterjemahkan oleh peminat serta ditambah sari kata bagi bahasa selain bahasa asal, biasanya dalam bahasa ibunda penterjemah.
Disebabkan pengedaran kandungan terjemahan peminat melanggar undang-undang hak cipta bagi kebanyakan negara, implikasi etika bagi penerbitan, penghasilan, serta penayangan fansub merupakan topik kontroversi.[1]