Faraj Manusia | |
---|---|
![]() Pandangan hadapan skematik pada anatomi faraj wanita. | |
![]() Lubang faraj dengan bulu ari-ari yang dibuang dan labia yang dipisahkan untuk menunjukkan pembukaan faraj: | |
Butiran | |
Pengenalpastian | |
nama bahasa Latin | Vagina |
MeSH | D014621 |
TA | A09.1.04.001 |
FMA | FMA:19949 |
Terminologi anatomi |
Faraj (Jawi: فرج), kuntum (bahasa halus[1]), puki atau pepek (bahasa kasar) ialah saluran tiub yang menuju dari uterus ke luar badan mamalia berplasenta dan marsupial betina, atau ke kloaka burung, monotrem, dan sebilangan reptilia betina. Serangga-serangga dan invertebrata-invertebrata yang lain juga mempunyai faraj yang merupakan bahagian akhir oviduktus. Dalam percakapan biasa, istilah "faraj" sering digunakan untuk merujuk kepada puki atau genitalia perempuan amnya; sebenarnya faraj merupakan struktur dalaman yang khusus dan puki merupakan genitalia luar sahaja. Bibir-bibir dan bahagian-bahagian lain juga dianggap sebagai sebahagian faraj dalam penggunaan umum.