Fasha Sandha | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Nur Fasha Sandha binti Hassan 28 Mac 1984 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Pelakon, penerbit, pengacara |
Tahun aktif | 2003–kini |
Terkenal kerana | Watak Dania dalam filem Black Maria |
Ketinggian | 1.68 m (5 ka 6 1⁄8 in) |
Pasangan | Toh Muda Dato' Rizal Ashram Ramli (k. 2012; c. 2016) Aidil Aziz (k. 2019) |
Anak-anak | 3 |
Ibu | Hatijah Teh Man |
Bapa | Hassan Moideen |
Keluarga |
|
Nur Fasha Sandha Hassan (lahir 28 Mac 1984)[a] merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2003 ketika berusia 18 tahun dan disifatkan sebagai seorang pelakon yang kerap membawa watak wanita malang dan kebanyakan genre atau watak yang dibawa oleh Fasha banyak kepada watak yang berat.[1]
Pada tahun 2003, Fasha membuat penampilan filem pertama menerusi filem Black Maria sebagai pelakon pembantu. Filem beliau seterusnya ialah filem komedi muzikal Bintang Hati (2004). Antara 2005 dan 2007, Fasha menjayakan watak tajuk dalam siri drama TV3, Natasha. Dalam satu temuramah dalam promosi drama Natasha, Fasha memberitahu kepada media bahawa wataknya di dalam Natasha amat sukar untuk dihayatinya dan memberi kesan kepada dirinya juga.[2]
Fasha mempunyai pelbagai peranan utama dalam filem-filem terkenal beliau termasuk dua siri filem aksi komedi adiwira Cicak-Man (2006–08), sebagai gadis pulau Nia dalam filem 9 September (2007), sebagai pelumba kereta dalam filem aksi Evolusi KL Drift (2008), dan filem komedi keluarga Anak Mami Nasi Kandaq (2016). Siri televisyen yang dibintanginya termasuk Cinta Elysa (2011), Alif Imani (2015) dan Lara Aishah (2016). Pada 1 Mac 2023, fasha dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan pada kepala, mata semasa menjalani penggambaran drama Anak Tuan di Johor Bahru. [3]
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan