Fattah Amin | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Abdul Fattah bin Mohd Amin 14 September 1990 |
Pendidikan | Ijazah Pengurusan Industri Kreatif |
Pusat pendidikan |
|
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, model, duta, usahawan, pengacara |
Tahun aktif | 2011–kini |
Ketinggian | 183 sentim (72 in) [1] |
Pasangan | Nur Fazura (k. 2017; c. 2024) |
Anak-anak | 1 |
Ibu | Azizah Abdul Ghani |
Bapa | Mohd Amin Musa |
Saudara | Raihan (adik) Farhan (adik) Fazira (adik) Farhanah (adik) Sabrina Ali (sepupu) Rizal Ashreff (sepupu) |
Abdul Fattah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin (lahir 14 September 1990) ialah seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai juara Hero Remaja 2011/2012 dan terkenal menerusi peranan sebagai watak utama, Raja Adrian Benjamin dalam drama Playboy Itu Suami Aku. Beliau juga dikenali menerusi watak Inspektor Haikal dalam Gerak Khas, Kapten Ejaz Fakhri dalam Suri Hati Mr. Pilot, Tengku Ian Uzzam dalam Hero Seorang Cinderella dan Amry dalam Ganjil.