Fauzi Nawawi

Fauzi Nawawi
Kelahiran
Muhammad Fauzi bin Mohd Nawawi

(1973-03-07) 7 Mac 1973 (umur 52)
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis, penerbit, ahli seni bela diri
Tahun aktif1998–kini
Terkenal keranaWatak Jeff dalam filem Anak Halal
PasanganLisdawati (k. 2007)
Anak-anak8 (termasuk Fareez Fauzi)
IbuSiti Aminah Chin

Muhammad Fauzi Mohd Nawawi (lahir 7 Mac 1973) merupakan seorang pelakon, pengarah dan penerbit lelaki Malaysia.[1] Beliau dikenali dengan watak antagonis dalam filem Anak Halal sebagai Jeff serta peranan ulangan dalam Gerak Khas.[2] Beliau memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama ASK 2010 menerusi Sebelum Akhirat. Fauzi menduduki kerusi pengarah menerusi filem sulung arahannya, Pak Pong yang ditayangkan pada Februari 2017.[3]

  1. ^ Impi watak Dara Diarkibkan 2011-12-07 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 10 Jun 2014.
  2. ^ Farhana Ab Rahman (1 Jun 2015). "Fauzi Nawawi tak kisah dianggap jahat". Berita Harian. Dicapai pada 16 September 2018.
  3. ^ Aqmar Mustaza (11 Februari 2017). "'Pak Pong' masih relevan". Sinar Harian. Dicapai pada 1 September 2017.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne