| |||||||
Ditubuhkan | 18 Jun 1971 | (sebagai Federal Express)||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Bermula operasi | 17 April 1973 | ||||||
AOC # | FDEA140A[1] | ||||||
Hab | "SuperHub"
Asia Pasifik Kanada Eropah Tengah/Selatan Eropah Tengah/Barat Timur Tengah Amerika Syarikat Pusat Kebangsaan Pusat Serantau | ||||||
Pesawat | 388 (armada utama) 284 (armada kontrak) | ||||||
Destinasi | s. 375 | ||||||
Syarikat induk | FedEx Corporation | ||||||
Ibu pejabat | Memphis, Tennessee, Amerika Syarikat | ||||||
Orang penting | Donald F. Colleran, Presiden dan CEO Pembahagian Ekspres |
Federal Express Corporation, menjalankan perniagaan sebagai FedEx Express, atau dahulu dikenali sebagai Federal Express, ialah sebuah syarikat penerbangan kargo yang beribu pejabat di Memphis, Tennessee, Amerika Syarikat.[8] Pada tahun 2017, syarikat ini merupakan syarikat penerbangan terbesar di dunia dari segi jumlah kargo yang diterbangkan dan syarikat penerbangan terbesar kesembilan di dunia dari segi jumlah armada.[9] Ia merupakan anak syarikat FedEx Corporation, menghantarkan paket dan kargo ke lebih dari 375 tujuan yang tersebar di enam benua setiap hari.[10]
Ibu pejabatnya terletak di Memphis, dengan "SuperHub" globalnya terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Memphis.[11] Di Amerika Syarikat, FedEx Express memiliki pusat kebangsaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indianapolis. Sementara pusat serantau terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Ted Stevens Anchorage, Lapangan Terbang Antarabangsa Oakland, Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty, Lapangan Terbang Fort Worth Alliance, Lapangan Terbang Antarabangsa Piedmont Triad, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Miami. Manakala pusat serantau antarabangsanya terletak di Lapangan Terbang Paris-Charles de Gaulle, Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun, Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson, Lapagan Terbang Cologne Bonn, dan Lapangan Terbang Liège.[12] Terdapat 12 pusat kargo udara dalam rangkaian antarabangsa milik syarikat ini.[13] Slogan syarikat ini ialah 'The World On Time'.