![]() Massa di Grand Prix Itali 2012. | |
Lahir | São Paulo, Brazil | 25 April 1981
---|---|
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
Kewarganegaraan | ![]() |
Teams | Sauber, Ferrari,Williams |
Nombor kereta | 19 |
Entri | 272 (269 permulaan) |
Kejuaraan | 0 |
Kemenangan | 11 |
Podium | 41 |
Mata kerjaya | 1167 |
Petak pertama | 16 |
Pusingan terpantas | 15 |
Perlumbaan pertama | Grand Prix Australia 2002 |
Kemenangan pertama | Grand Prix Turki 2006 |
Kemenangan terakhir | Grand Prix Brazil 2008 |
Perlumbaan terakhir | Grand Prix Abu Dhabi 2017 |
Kedudukan 2017 | Ke-11 (43 mata) |
Felipe Massa (lahir 25 April 1981) ialah seorang pemandu Formula Satu Brazil, yang kini memandu untuk Ferrari. Massa memulakan kerjayanya dalam sukan go-kart pada umur lapan tahun dan bersaing dalam kejuaraan kebangsaan dan serantau selama tujuh tahun. Beliau kemudiannya bertanding dalam Formula Chevrolet dan memenangi kejuaraan tersebut. Beliau bertanding dalam kejuaraan Italian Formula Renault pada tahun 2000 dan memenangi gelaran tersebut bersama-sama dengan kejuaraan Eropah. Massa menyertai kejuaraan Euro Formula 3000 dan juga memenangi kejuaraan tersebut.
Massa memulakan kerjayanya dalam Formula Satu bersama pasukan Sauber, sebelum menyertai Ferrari sebagai pemandu ujian pada tahun 2003. Beliau kembali bersama Sauber, dan berlumba untuk mereka pada tahun 2004 dan 2005, sebelum menyertai Ferrari semula pada tahun 2006, di mana beliau memenangi dua perlumbaan, termasuk perlumbaan tuan rumahnya dan menjadi pemandu Brazil yang pertama sejak Ayrton Senna untuk memenangi Grand Prix Brazil. Massa memenangi tiga perlumbaan pada tahun 2007 dan mendapat tempat keempat dalam Kejuaraan Pemandu. Beliau mendapat tempat kedua dalam Kejuaraan Pemandu Dunia 2008 selepas bertarung dengan Lewis Hamilton untuk gelaran tersebut. Di Grand Prix Hungary 2009, Massa mengalami kecederaan selepas terkena spring ampaian dari kereta Brawn GP milik Rubens Barrichello. Massa gagal untuk berlumba dalam baki perlumbaan tahun tersebut, tetapi kembali semula pada tahun 2010. Prestasi Massa merudung pada tahun 2011 selepas gagal menaiki podium, tetapi terus konsisten dengan mengutip mata kejuaraan. Massa juga membantu Ferrari memenangi Kejuaraan Pengeluar pada tahun 2007 dan 2008 dan beliau akan kekal bersama Scuderia Ferrari sehingga akhir musim 2013.[1] Pada 10 September 2013, Massa mengesahkan bahawa beliau akan meninggalkan Ferrari selepas tamatnya kejuaraan musim 2013.