Felipe VI | |||||
---|---|---|---|---|---|
Raja Sepanyol | |||||
Pemerintahan | 19 Jun 2014 – kini | ||||
Penabalan | 19 Jun 2014 | ||||
Didahului oleh | Juan Carlos I | ||||
Waris sah | Leonor, Puteri Asturias | ||||
Perdana Menteri | Pedro Sánchez | ||||
Keputeraan | Madrid, Sepanyol | 30 Januari 1968||||
Pasangan | Letizia Ortiz Rocasolano (2004–kini) | ||||
Anakanda | Leonor, Puteri Asturias Infanta Sofía | ||||
| |||||
Kerabat | Rumah Bourbon[1] | ||||
Ayahanda | Juan Carlos I dari Sepanyol | ||||
Bonda | Sophia dari Greece dan Denmark | ||||
Agama | Gereja Roman Katolik |
Felipe VI (Sebutan Sepanyol: [feˈlipe]; lahir di Madrid, Sepanyol, 30 Januari 1968; umur 56 tahun, ditansir sebagai Felipe Juan Pablo Alfonso de Todos los Santos de Borbón y Grecia) ialah Raja Sepanyol kini, mewarisi takhta tersebut pada 19 Jun 2014 selepas ayahandanya Juan Carlos I turun takhta.[2][3][4] Sebagai pewaris sah takhta sebelum ini, baginda memakai gelaran Putera Asturias, dan menyokong kerja-kerja kedermawanan dan galakan persahabatan antarabangsa antara negara di mana bahasa Sepanyol dituturkan.
Sesuai dengan Perlembagaan Sepanyol, sebagai raja, baginda ialah ketua negara dan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Sepanyol,[5][6] dan juga memainkan peranan menggalakkan hubungan dengan Ibero-Amerika yakni "negara-negara masyarakat bersejarahnya".[5][6] Isteri baginda ialah Ratu Letizia. Mereka mempunyai dua puteri, yang sulung Leonor, Puteri Asturias, ialah waris sah baginda.