Festival Filem Malaysia

Festival Filem Malaysia
Semasa: Festival Filem Malaysia ke-33
Piala Festival Filem Malaysia
JenisFestival filemperistiwa berulang Sunting nilai ini di Wikidata
Dianugerahkan untukPrestasi dalam industri perfileman
NegaraMalaysia
Disampaikan olehPerbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Kali pertama13 April 1980; 44 tahun yang lalu (1980-04-13)
Tapak web
www.finas.gov.my
IMDB: ev0001300 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Festival Filem Malaysia (secara rasmi disingkat sebagai FFM) merupakan acara kemuncak bagi industri filem Malaysia. Festival filem ini diadakan bagi menghargai dan menilai mutu kerja filem sepanjang tahun. Acara ini juga membantu penggiat filem untuk berusaha dan menambahbaikan mutu kerja mereka. Festival ini menggalakkan penggiat filem untuk menghasilkan sesebuah filem yang baik dan bermutu selain memaparkan ciri-ciri budaya Malaysia.[1]

Majlis anugerah ini berlangsung di Malaysia, dan mendapat liputan hanya di Malaysia. Pada Festival Filem Malaysia ke-24, majlis ini turut disiarkan di Singapura. Majlis penganugerahan ini merupakan majlis tertua dan ia merupakan satu acara nasional dalam penganugerahan filem di negara Malaysia. Ia setanding dengan Anugerah Skrin, yang dianjurkan oleh TV3.[2]

Festival ini turut menghargai penggiat filem terdahulu sebagai mengenang jasa mereka yang telah lama bekerja dalam industri ini. Permulaan festival ini pada 13 April 1980 sehingga sekarang, festival ini telah menghargai ramai karyawan filem tanah air.

  1. ^ "About FFM". Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-10. Dicapai pada 12 August 2011.
  2. ^ "Festival Filem Malaysia Kini Membanggakan". Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, I-Insan Multimedia SDN BHD. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-22. Dicapai pada 19 January 2011.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne