Festival Filem Malaysia ke-26 | |
---|---|
![]() | |
Tarikh | 29 Oktober 2014 - 1 November 2014 |
Tempat | Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, Negeri Sembilan |
Pengacara | |
Gambaran keseluruhan | |
Filem Terbaik | KIL |
Pengarah Terbaik | Nik Amir Mustapha |
Pelakon Lelaki Terbaik | Rusdi Ramli |
Pelakon Wanita Terbaik | Lisa Surihani |
Liputan televisyen | |
Rangkaian | Astro Ria |
Tempoh masa | 3 jam |
Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26) merupakan acara penganugerahan filem Malaysia yang terdiri daripada dua acara besar-besaran, iaitu Malam Perasmian pada 29 Oktober dan Malam Anugerah pada 1 November 2014. Dianjurkan oleh Finas dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, ia disiarkan secara rasmi oleh RTM TVi dan Astro Ria dan Astro Mustika HD.
Pada asalnya, FFM26 dijadualkan berlangsung pada 20 September 2014, tetapi ditangguhkan oleh pihak penganjur sebagai tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa tragedi nahas kapal terbang MH17.[1]