Festival Filem Malaysia ke-27

Festival Filem Malaysia ke-27
Tarikh2 - 5 September 2015
TempatDewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Pengacara
Gambaran keseluruhan
Filem TerbaikLelaki Harapan Dunia
Pengarah TerbaikLiew Seng Tat - (Lelaki Harapan Dunia)
Pelakon Lelaki TerbaikLee Sai Peng (The Journey)
Pelakon Wanita TerbaikNur Fazura (Manisnya Cinta di Cappadocia)
Liputan televisyen
RangkaianAstro Ria
Tempoh masa3 jam

Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27) merupakan acara penganugerahan filem Malaysia yang berlangsung pada 5 September 2015 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Sebelum acara kemuncak berlangsung, malam perasmian diadakan di Symphony Lake Suite, KLCC pada 2 September 2015. Pada malam kemuncak, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad bertindak sebagai pengacara bersama. Acara ini disiarkan pada jam 9 malam melalui saluran Astro Ria HD.[1]

Filem Lelaki Harapan Dunia mencipta rekod sebagai filem paling banyak menerima pencalonan apabila meraih lima anugerah dari dua belas pencalonan yang diterima, termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.[2][3]

  1. ^ "Sidang Akhbar Festival Filem Malaysia Ke-27 (FFM27)". 20 Ogos 2015. Dicapai pada 6 September 2015.
  2. ^ "cinema.com.my: "Lelaki Harapan Dunia" dapat 13 pencalonan di FFM27". cinema.com.my.
  3. ^ "MFF27: The Journey wins 4 trophies, including Best Director and Best Actor". astroawani.com.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne