Fil Marsyal จอมพล, จอมพลทหารบก | |||
| |||
Negara | Thailand | ||
Cabang perkhidmatan | Tentera Darat Diraja Thai | ||
Singkatan | FM | ||
Pangkat | Pangkat lima bintang | ||
Diperkenalkan | 1888 | ||
Persamaan NATO |
OF-10 | ||
Pangkat tinggi seterusnya | |||
Pangkat rendah seterusnya | Jeneral | ||
Persamaan pangkat tentera udara | Marsyal Tentera Udara Diraja (RTAF) | ||
Persamaan pangkat tentera laut | Laksamana Armada (RTN) |
Fil Marsyal Thai (Bahasa Thai: จอมพล, จอมพลทหารบก ) adalah pangkat paling kanan dalam Tentera Darat Diraja Thai. Hari ini ia dipegang secara istiadat oleh ahli kerabat diraja Thai dan hanya wujud atas kertas dalam tentera Thai. Ia tidak dikurniakan kepada pegawai tauliah tetap sejak tahun 1973. Pangkat setaraf Tentera Laut Diraja Thai dikenali sebagai Chom Phon Ruea ('Laksamana Armada') dan Chom Phon Akat ('Marsyal Tentera Udara Diraja Thai') bagi Tentera Udara Diraja Thai.
Raja Thai selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera secara automatik dilantik Chom Phon selepas hari pertabalan. Pangkat ini secara rasminya dizahirkan pada tahun 1888, bersama-sama dengan semua pangkat tentera yang lain oleh Raja Chulalongkorn (Rama V), yang ingin memodenkan angkatan tenteranya mengikut gaya Barat. Selain para raja, ada 13 pelantikan lain untuk pangkat ini.