Filem pertama Padukone yang dikeluarkan pada 2009 ialah Chandni Chowk to China, melakonkan watak utama bersama Akshay Kumar, menerima sambutan pecah panggung.[5][6] Namun, keluaran berikutnya, filem romantik Imtiaz AliLove Aaj Kal meraih keuntungan sebanyak ₹1.2 bilion (AS$18 juta) di seluruh dunia,[7] dan melayakkan beliau menerima pencalonan Pelakon Wanita Terbaik keduanya di Filmfare.[8] Padukone muncul dalam lima filem pada 2010. Filem komedi Housefull meraih kejayaan komersial,[7] meskipun empat keluarannya yang lain mengalami kegagalan di pecah panggung.[9] Beberap rilem yang mendapat sambutan rendah dikeluarkan pada tahun 2011—filem drama Aarakshan dan filem komedi Desi Boyz.[10] Watak seorang gadis implusif dalam filem Cocktail (2012) arahan Homi Adajania menjadi puncak kerjaya Padukone.[10][11] Pengkritik memuji penampilannya dan beliau menerima beberapa pencalonan lakonan untuk filem itu.[12][13]
Tahun 2013 merupakan tahun penting bagi Padukone; kesemua empat filemnya yang dikeluarkan pada tahun tersebut menjadi hits pecah panggung.[14] Dua daripadanya menjadi filem Bollywood dengan keuntungan tertinggi sepanjang zaman—filem komedi percintaan Yeh Jawaani Hai Deewani dan filem aksi-komedi Chennai Express.[15] Beliau juga memenangi Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik menerusi wataj Leela, yang berdasarkan pada Juliet, dalam filem percintaan tragis Sanjay Leela BhansaliGoliyon Ki Raasleela Ram-Leela (2013).[16][17] Pada tahun 2014, Padukone muncul dalam Kochadaiiyaan, sebuah filem animasi berbahasa Tamil, yang menggunakan teknologi gerak perlahan, dan berperanan sebagai seorang penari bar dalam filem berkeuntungan ₹3.4 bilion (AS$51 juta) Happy New Year.[18][19][20] Pada tahun 2015, beliau memegang watak sebagai seorang arkitek dalam film komedi-drama karya Shoojit SircarPiku, yang mana beliau menerima Pelakon Wanita Terbaik keduanya di Filmfare.[21][22][23] Filem terakhirnya pada tahun tersebut—filem percintaan sejarah Bhansali Bajirao Mastani—yang meraih kejayaan utama, beliau memegang watak perajurit Mastani dan digandingkan bersama Ranveer Singh sebagai Bajirao I.[24][25] Projek pertama Padukone di Hollywood—filem aksi xXx: Return of Xander Cage (2017)—meraih lebih dari US$345 juta di seluruh dunia.[26]
^Joshi, Namrata (1 September 2008). "Movie Review: Bachna Ae Haseeno". Outlook. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2013. Dicapai pada 19 July 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^"Box Office 2010". Box office India. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 October 2013. Dicapai pada 14 May 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^Masand, Rajeev (25 October 2014). "'Happy New Year' review". CNN-IBN. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2014. Dicapai pada 9 November 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^Chatterjee, Saibal (8 May 2015). "Piku Movie Review". NDTV. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 May 2015. Dicapai pada 10 May 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)