Fly FM merupakan stesen radio swasta berbahasa Inggeris Malaysia di bawah naungan Media Prima Audio bersama Eight FM, Kool 101, Hot FM dan Molek FM. Ia dilancarkan pada 3 Oktober 2005, dan sasarannya ialah pendengar berumur 15-30 tahun. Sejak November 2021, Fly FM ialah sebuah stesen radio Bahasa Inggeris kedua popular di Malaysia selepas Hitz, berdasarkan AC Nielsen Radio Sweeps. Siarannya dipancarkan dari Kuala Lumpur.