Koordinat: 52°04′33″N 1°01′46″W / 52.07583°N 1.02944°W
![]() | |
Nama penuh | Sahara Force India Formula One Team |
---|---|
Pangkalan | Silverstone, Northamptonshire, United Kingdom |
Ketua pasukan | Vijay Mallya |
COO | Otmar Szafnauer |
Pengarah teknikal | Andrew Green |
Laman sesawang | www |
Nama terdahulu | Spyker F1 Team |
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
Penampilan pertama | Grand Prix Australia 2008 |
Perlumbaan terkini | Grand Prix Abu Dhabi 2023 |
Perlumbaan disertai | 105 |
Kejuaraan Pengeluar | 0 |
Kejuaraan Pemandu | 0 |
Kemenangan | 0 |
Petak pertama | 1 |
Pusingan terpantas | 2 |
Kedudukan 2012 | Ke-7 (109 mata) |
Sahara Force India Formula One Team, nama perdagangan untuk Force India Formula One Team Limited, ialah sebuah pasukan Formula Satu yang berpangkalan di Silverstone, United Kingdom yang kini memegang lesen India. Pasukan ini telah ditubuhkan pada bulan Oktober 2007 apabila seorang ahli perniagaan India, Vijay Mallya dan Michiel Mol membeli pasukan Spyker F1 dengan harga € 90 juta.
Dengan penglibatan Force India dalam F1, Noida Raya menjadi tuan rumah untuk Grand Prix India pada tahun 2011. Fédération Internationale de l'Automobile mengesahkan pertukaran nama pasukan dari Spyker ke Force India pada 24 Oktober 2007.[1]
Selepas 29 perlumbaan tanpa mata kejuaraan, Force India mendapat mata kejuaraan pertama mereka apabila Giancarlo Fisichella mendapat tempat kedua di Grand Prix Belgium 2009.[2] Force India mendapat mata sekali lagi pada perlumbaan berikutnya apabila Adrian Sutil mendapat tempat keempat dan menetapkan pusingan terpantas pertama pasukan di Grand Prix Itali. Keputusan kejuaraan terbaik Force India ialah tempat keenam, pada tahun 2011.
Pada bulan Oktober 2011, syarikat India, Sahara India Pariwar, membeli 42.5% saham Force India F1 pada harga $US 100 juta.