Format fail video

Format fail video atau format bekas video (video container format) ialah format fail komputer yang boleh menyimpan pelbagai jenis data, yang dimampatkan melalui penggunaan codec audio/video. Fail bekas digunakan untuk mengenal pasti dan menyisipi jenis data yang berlainan. Format bekas mudah boleh menyimpan beberapa jenis audio, manakala format yang lebih maju boleh menyokong audio, video, sari kata, maklumat bab dan data meta (teg) - bersama-sama dengan maklumat penyelarasan yang membolehkan semuanya dimainkan dengan baik.

MPEG adalah format fail video piawaian. Selain itu, terdapat beberapa format video yang dimiliki syarikat tertentu (proprietari):


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne