Formula Satu musim 2006 merupakan Kejuaraan Dunia Formula SatuFIA musim ke-57. Musim ini bermula pada 12 Mac dan berakhir pada 22 Oktober selepas lapan belas perlumbaan. Kejuaraan Pemandu Dunia telah dimenangi oleh Fernando Alonso dari pasukan Renault F1, dan Alonso menjadi juara dunia berganda yang termuda pada masa tersebut. Michael Schumacher dari pasukan Scuderia Ferrari, menamatkan musim sebagai naib juara, tiga belas mata di belakang Alonso. Renault mempertahankan Kejuaraan Pengeluar mereka, dan mengalahkan Ferrari dengan hanya lima mata.