Fortune Global 500 adalah suatu kedudukan 500 perbadanan seluruh dunia diukur mengikut hasil. Senarai ini disusun dan diterbitkan oleh majalah Fortune.
Sehingga tahun 1989 ia menyenaraikan hanya perbadanan industri bukan-AS di bawah tajuk "International 500", manakala Fortune 500 mengandungi dan masih mengandungi syarikat-syarikat AS secara ekslusif . Pada tahun 1990, syarikat-syarikat AS telah ditambah untuk menyusun satu senarai kedudukan perbadanan industri yang benar-benar global mengikut jualan. Pada tahun 2005, lebih daripada 450 daripada mereka beribupejabat di Eropah (195), Amerika Syarikat (176), dan Jepun (80).[1]
Semenjak 1995, senarai berkenaan sudah pun mempunyai bentuk terkini, menyenaraikan juga perbadanan kewangan dan pembekal perkhidmatan mengikut hasil.